Selasa, 26 Januari 2016

Cara Buat Play Dough Di Rumah

Assalamualaikum semua.Hye semua saya nak berkongsi cara untuk membuat Play Doh di rumah..Hmmm,,,saya ada anak kecil,Ya ampun boleh dikatakan memang suka sangat beli play doh,Dah tu main kekadang lupa nak simpan semula dalam bekas...Tengok-tengok esok dah keras...hehe..Dok fikir-fikir jenuh ler kalau nak beli je...Dok fikir-fikir baik buat je sendiri,.Jimat la jugak kan buat..hehe


Saya nak share cara buat homemade playdoh setaraf dengan palydoh yngg branded... Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat playdoh pun memang dah ada kat dapur semua ibu2.. semudah 1,2,3 gitu..hehe..lagi seronok ajak anak-anak lakukan bersama hokey :)


Bahan-bahan

-4 cawan tepung gandum
-2 cawan garam halus
-8sudu besar cream of tartar(penting utk dptkan tekstur playdoh mcm brand mahal tu)
-1/2 cawan minyak masak
-4 cawan air panas..
-perwarna


Cara-cara

-satukan bahan kering..
-masukan minyak kacau rata..
-masukan air panas, kacau dengan senduk smpai sebati..
-dah sejuk boleh uli smpai jadi doh.
-bahagikan dan letak perwarna, n uli lagi smpai perwarna sebati..
-siap! Boleh la bg anak main gune cookies cutter kite tu.
.


selamat tanpa bahan kimia  untuk anak2 dan juga paling penting ia nya jimat! Share2 la kalau ianya bermanfaat..dan jangan lupa umtuk mencuba Okay :)

Selasa, 19 Januari 2016

Makanan Sunnah






Assalamualaikum semua.Makanan sunnah mesti semua dah tahu bukan apa :) ..Dan saya pasti ramai yang telah mengamalkan makanan sunnah ni.Terlalu banyak sangat kebaikan yang terdapat daripada setiap jenis makanan sunnah ini.Saya dah amalkan dan pupuk pada anak syurga saya sejak dia dalam kandungan lagi.Sangat-sangat baik untuk kandungan dan juga pada diri saya sendiri.





1.DELIMA
Saidina Ali berkata : “Makanlah buah delima dan bahagian isinya kerana buah ini berfungsi membersihkan perut”. Buah delima baik untuk kerongkong, dada dan paru-paru. Baik untuk mengubat batuk. Berguna mengubat radang usus, mencegah muntah, mengurangi panas dan mengatasi jantung berdebar.







2. KURMA
Kurma dapat menguatkan hati, melancarkan buang air besar, menyembuhkan radang kerongkong. Kajian oleh Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Pemakanan UPM menyatakan : Kanak-kanak digalakkan memakan lebih khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat. Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Ia merangsang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.





3.ZAITUN
Rasulullah bersabda : “Minumlah minyak zaitun dan gunakalah ia sebagai minyak rambut kerana minyak zaitun berasal dari pohon yang diberkati”. Minyak Zaitun boleh juga mengatasi racun, melapangkan perut, mengeluarkan cacing, menghaluskan kulit dan melambatkan pertumbuhan uban dan merendahkan kandungan kolestrol dalam badan.


4. ZA’FARAN

Dalam kitab perubatan karangan Abdul Latif ‘Asyur menyebut tentang Za’faran sejenis tumbuhan ubat terkenal yang diamalkan dalam perubatan Ibnu Sina Saidina Ali pernah menyatakan: “Sesiapa yang mengambil sebahagian za’faran tulen dan su’di satu bahagian dicampur dengan madu diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir”.







5. BUAH TIIN
Allah pernah bersumpah atas nama Buah Tiin dalam Al-Quran kerana buah ini mengandungi banyak khasiat dan kegunaanya (Surah At-Tiin). Ia boleh menghilangkan batu buah pinggang dan batu karang, juga sebagai anti racun. Ia termasuk buah yang paing tinggi zatnya. Baik untuk mengatasi sakit kerongkong, dada, mencuci hati dan limpa, membersihkan kahak dan melancarkan buang air kecil.









6.HABBATUS SAUDA’
Khasiat Habbatus Sauda’ diketahui melalui Hadis yang sangat masyhur dalam perubatan Islam. Rasulullah bersabda : “Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda’ ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati)” Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.






7.MADU
Firman Allah Dalam Surah An-Nahl ayat 68-69 bermaksud : “Dengan itu keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannnya yang mengandungi penawar yang menyembuhkan bagi manusia” iaitu penyembuh penyakit. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental. Madu mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium) kuprum dan silika untuk memberi tenaga dan kesihatan fizikal dan mental. Rasulullah bersabda : “Siapa ingin menghafal, hendaklah ia minum manisan madu”





8. KISMIS
Imam Az-Zuhdi berkata : “Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah memakan zabib (kismis)". Ada hadis yang menyebut : “Sebaik-baik makanan ialah buah zabib (kismis) ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan menharumkan bau hidung serta mulut"




Ahad, 6 Disember 2015

KHASIAT DAN KEBAIKAN LEMON

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Sebagaimana yang kita tahu lemon ni memang banyak sangat kebaiknya..Siapa yang tidak kenal dengan buah lemon? Buah berukuran kecil dan berwarna kuning ini mempunyai rasa yang asam tapi mempunyai banyak manfaat. Manfaat lemon yang sama ini ternyata sangat banyak sekali.
Kandungan vitamin C yang ada pada lemon sangat tinggi sehingga baik untuk menjaga kesehatan tubuh dan kecantikan kulit.


Inilah yang Terjadi Pada Tubuh Anda Jika Anda Minum Air Lemon Setiap Pagi.
Lemon ni memang sedia maklum dengan dua khasiatnya yang terulung iaitu
Sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system.

Sebagai ‘ubat kurus’ kerana jus limau membantu dalam proses pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati
Lemon mengandungi asid citric, Calsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.
Jom kita korek apakah rahsia Lemon, si kuning yang menawan ini?



Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi
Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:
1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.
2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.
3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.
4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.
5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.
6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.
7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.
8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.
9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.
10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.
11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.
12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.
                      
Lain-Lain Keistimewaan Lemon:
Menghilangkan acne
Lemon mengandungi citric acid yang sangat berkesan dalam merawat acne. Vitamin C yang dijumpai dalam lemon ini adalah sangat penting untuk kulit yang sihat dan bersinar
Caranya:
Dengan menggunakan jari atau cotton ball tu, letakkan sedikit jus lemon ke tempat acne tu dan biarkan semalaman. Bilas pada esok pagi. Mula-mula memang rasa pedih tapi bila dah selalu buat dah tak rasa apa
Campurkan satu bahagian lemon yang telah diperah dengan satu bahagian madu. Letakkan campuran ini dikawasan acne tersebut dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam. Bilas dengan air. Lakukan dua kali sehari (satu awal pagi, satu lagi malam)
Tapi kalau acne ni dah teruk atau ada luka, mintak nasihat dari doctor sebelum memulakan rawatan ye.
Menghilangkan rasa takut dan cemas
Kajian membuktikan lemon balm mempunyai effect menenangkan dan seterusnya boleh menghilangkan keletihan, kelesuan, penat, pening, rasa cemas, takut dan stress.
Lemon oil juga dipercayai dapat meningkatkan konsentrasi dan kepekaan. Sebab tu lah banyak kita jumpa air freshner berbau lemon kan?
Caranya:
Kalau stress, percikkan beberapa titisan lemon balm essential oil atas sapu tangan dan hidu.
Tiada lagi ulser mulut (saya panggil mata ikan, HEHE)
Sifat antibacteria dan antiviral lemon dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut ni
Caranya:
Campurkan lemon yang telah diperah dengan air suam dan kumur dengan solution ni at least 3 kali sehari. Mula-mula memang rasa pedih tapi lama-kelaman nanti dah tak rasa apa
Bye-bye demam
Selain dari rawatan demam yang pernah saya kongsikan sebelum ini, ada cara lain untuk merawat demam bagi orang dewasa.
Caranya:
Campurkan sebiji perahan lemon dengan secawan air panas yang telah dicampur madu. habiskan pada waktu tu jugak, tak perlu simpan-simpan.
Minum setiap 2jam sehingga demam tiada lagi!
Selesema dan Sakit Tekak
Bila kita selesema ni, lemon sangat membantu sebab ia boleh merawat secara dalaman dengan membekalkan Vitamin C yang diperlukan kepada sel pertahanan badan dan secara luaran melalui sifat antiviralnya untuk membunuh virus pada mucous (kahak/hingus) dalam hidung dan tekak
Caranya:
Campurkan sebiji lemon yang telah diperah dengan air suam dan minum setiap 2jam
Sekiranya sakit tekak, tambahkan 1 sudu kecil garam laut (5ml) ke dalam 1 cawan air suam dan 1 biji perahan lemon. Berkumur sampai ke tekak 3 kali sehari selama 1 minit untuk setiap sesi.
Kalau ada tonsil, berkumur setiap 2 jam sekali selama 30saat dengan sebiji perahan lemon. Dongak sedikit bagi membolehkan sifat antibac dan antiviral lemon ni bertindak pada tekak. Lepas tu telan la jus ni untuk membolehkan sifatnya yang boleh boost immune sistem ni pulak bertindak dalam badan
Merawat kutil dan ketuat (corn and calluses)
Caranya:
Letakkan potongan lemon setebal 5mm pada kutil dan balut dengan kemas.
Biarkan semalaman.
Sapukan kawasan yang dijangkiti dengan lemon essential oil yang pekat dan belum dicairkan juga membantu proses penyembuhan.
Sapu dengan cotton ball atau Q-tip untuk mengelakkan dari terkena kawasan yang tidak dijangkiti.
Merawat Eczema
Lemon Wrap mungkin dapat membantu anda yang terkena jangkitan kulit
Caranya:
Tambahkan 8 titik lemon essential oil kepada 1 cawan (250ml) air suam and 1 sudu besar (15ml) madu. Madu juga mempunyai kesan anti radang dan menguatkan lagi healing power of lemon tadi
Rendamkan kain ke dalam campuran tadi, perah, dan letak kain tu di kawasan jangkitan selama 15 minit, 2 ke 3 kali sehari
Bukan sahaja mengurangkan jangkitan, malah mengurangkan perasaan ingin menggaru.
Merawat Keletihan
Sekiranya kita letih sangat-sangat, especially kepada world traveller.
Caranya:
Cucuk lemon dengan straw dan sedut je. Ini boleh menjadi ubat dan pada masa yang sama sebagai refreshment
Tambahkan lemon pada air minum biasa, ia boleh menjadi antiseptic dan mengelakkan penyakit akibat allergy pada sumber air minum yang berbeza-beza
Lemon oil juga boleh merangsang brain activity. Jadi bila rasa letih, tambahkan 4 titik lemon oil kepada bekas aromatherapy yang telah diisi air
Ataupun minum segelas air lemon selang beberapa jam
Hypertension
Bawang putih, bawang merah dan lemon apabila bergabung boleh melawan hypertension.
Caranya:
Tambahkan 3 crushed bawang putih dan 1 chopped onion kepada 1liter susu rendah lemak ataupon susu soya
Reneh atas api selama 5 minit
Tapiskan dan sejukkan
Tambahkan 3 biji perahan lemon dan minum sepanjang hari
Dan sekiranya ada penghidap kolestrol tinggi, kuasa pectin yang ada dalam lemon boleh merendahkan kolestrol, InsyaAllah
Melegakan sengatan serangga berbisa
Caranya:
Sekiranya penyengat masih ada, amik tweezer dan tarik dia.
Urut di tempat yang terkena gigitan tu dengan 1 atau 2 titis lemon oil, campurkan dengan 1sudu sudu kecil madu
Untuk buat insect repellent, tambahkan 20 titis lemon oil kepada 1 cawan (250ml) air dan spray ke udara. Dah la berbau wangi, siap boleh halau serangga lagi
Ataupon boleh juga rendam cotton ball dalam lemon oil dan letak je dalam bilik
Sekiranya nak buat aktiviti di luar rumah, boleh sapukan kulit yang tak ditutupi baju dengan lemon oil ataupon boleh sapukan dengan 1/2 oz sunflower oil yang telah dicampurkan dengan 10 titisan lemon oil
Menidurkan Insomnia
Kajian menunjukkan lemon balm yang digabungkan dengan beberapa calming herbs seperti chamomile dapat mengurangkan keresahan dan membantu untuk tidur.
Dalam kajian ini 18 orang volunteers menerima 2 single dosage lemon balm extract ( 300mg dan 600mg) selama 7 hari. 600mg dose of lemonbalm meningkatkan mood dan meningkatkan ketenagan dan kepekaan
Menyelamatkan perut
Setiap kali makan, minumlah sebiji lemon yang diperah kedalam air suam.
Asid pada lemon akan merangsang penghasilan asid dalam perut dan aktiviti otot perut
Selamat tinggal Varicose Vein!
Caranya:
Tambah 6 titis lemon oil kepada 50ml wheat germ oil, 2 titis cypress dan 2 titis juniper oil
Gunakan campuran ini setiap hari untuk mengurut kaki dari bawah ke atas, in the direction of the heart
Untuk mandian yang menyegarkan urat dan badan, campurkan 8 titisan lemon oil kedalam air mandian yang suam. Tambahkan juga 4 titisan cypress oil yang di blend dengan 1 sudu besar (15ml) madu. Berendam selama 15 minit. dah sudah tu jangan lap badan tapi tekap-tekap je badan tu dengan tuala.
Menghilangkan kesakitan
Amalkan meminum sebiji lemon yang diperah kedalam air suam 3 kali sehari. Sekiranya sakit yang teruk, letak 2 biji lemon untuk minuman 3 kali sehari
Lemon oil mempunyai sifat melegakan kesakitan. Jadi untuk mengurangkan kesakitan, urutlah dibahagian yang sakit itu dengan beberapa titisan lemon oil dicampur dengan 1 sudu besar (15ml) jojoba oil
Menghilangkan nafas berbau!
Lemon boleh membantu menyegarkan nafas terutamanya selepas makan, ataupon selepas merokok ataupon air liur yang tak cukup ke.
Caranya:
Berkumur dengan sebiji perahan lemon yang dicampur dengan segelas air suam
Ataupon kunyah lemon slice setiap kali lepas makan.

okay sayang-sayang semua.Diharap sedikit sebanyak info ini dapat membantu anda semua :)

Selasa, 1 Disember 2015

RESEPI BROWNIES


Assalamualaikum dan Selamat malam semua :)..Malam ni saya nak share resepi Brownies..Jadi fenomena kan sekarang...Yang latest Brownies kedut..Ramai yang ambil peluang untuk jadikan ia nya satu bisnes..Memang sedap dan mudah sangat penyedianya..Cik abang pun boleh buat Hokey...Di sini saya sertakan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Brownies dan cara-cara untuk membuatnya :) Diharap resepi ini dapat membantu anda semua :).
Untuk mendapatkan brownies yang cantik kedutnya dan sedap rasanya, pilihan coklat masakan sangat-sangat mempengaruhi kejadiannya, Pilihlah coklat masakkan yang baik kualitinya.


Bahan-bahan

250g Dark compound choc
120g butter
3 biji telor gred B
1sdk esen vanila
200g brown sugar
140g multipurpose flour
1sk baking powder
30g serbuk koko
1/2sdk nescafe + 2 sdb air (optional)

Cara:


1.double boil choc + butter (biar sejuk)
2.satukan brown sugar + telor + esen vanila + nescafe(dibncuh) - kacau guna senduk smpai gula larut dulu 2 minit...
3.masukkan choc yg dh diboil dlm adunan tadi...kacau sebati....
3.masukkan tepung + baking +serbuk koko kacau sebati.....lepas tu boleh tambah apa-apa kekacang jika suka.....
4.Masukkan dalam loyang 10x10 alas dengan baking paper...panaskan oven 160° selama 10min...masak selama 40 minit ....ikut suhu oven masing2....dah masak buka pintu oven biarkan 10 min utk dptkan kedut......SIAP...Blh ngappppp....

' Hargailah Isteri Seperti Seorang Ibu '



Jaga Isteri ..
Memang Susah .
Memang Penat .

Memang Rasa Rimas .
Suka Membebel .
Suka Marah-Marah .
Suka Merajuk .

Tapi ,
Ketahuilah ..
Mulut Yang Bising Itulah Yang Banyak Menenangkan Kamu .
Mulut Yang Bising Itulah Memeriahkan Rumah Kamu .
Mulut Yang Bising Itulah Yang Banyak Menyedarkan Kamu .

Dan ,
Individu Yang Kuat Merajuk Itulah Mendidik Rasa Sabar Kamu .
Wanita Yang Bising Itulah Yang Banyak Membelai Kamu .
Wanita Yang Bising Itu Jugalah Yang Banyak Memeluk Kamu .

Dan ,
Wanita Yang Bising Itulah Banyak Bersama Kamu .
Tanpa Mengira Susah Atau Senangnya Kamu .
Tanpa Mengira Bertapa Dia Terluka Dengan Cara Layananmu .
Dan Nasihatku ..

' Hargailah Isteri Seperti Seorang Ibu ' 
Emotikon smile


Kerana ,
Kamu Akan Mengerti ..
Bertapa Berharganya Mulut Bising Itu ..
Ketika Kamu Kehilangannya .
Dan Ketahuilah .
Kamu Pasti Akan Merindui Bebelannya.

Ramai yang lupa pesan Rasulullah:
“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya (istrinya). Dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap keluargaku (istriku).”

Khamis, 26 November 2015

PENYUSUAN SEMASA HAMIL

[PENYUSUAN SEMASA HAMIL]



Bolehkah saya menyusu walaupun sedang mengandung? Kata orang-orang tua, si abang/kakak yang masih menyusu itu seolah-olah mengambil hak susu adiknya? Betulkah?

Jawapan:
Tahukah ibu sebenarnya penyusuan masih boleh diteruskan walaupun ibu sedang hamil lebih-lebih lagi jika bayi pertama masih kecil dan amat memerlukan belaian, sokongan emosi, stimulasi otak dan kasih sayang ibu, yang boleh didapati dari penyusuan susu ibu sendiri.

Ibu masih boleh menyusu seperti biasa jika TIADA komplikasi berlaku atau jika ibu TIADA sejarah komplikasi semasa kehamilan sebelum ini seperti; keguguran, pendarahan semasa hamil, kelahiran bayi pramatang atau hamil kembar.
Menyusukan bayi semasa mengandung juga tidak menghalang bayi dalam kandungan dari mendapat zat nutrisi yang diperlukan. Perubahan dalam badan ibu adalah ciptaan Allah yang sangat luarbiasa. Susu ibu akan dihasilkan mengikut priority. Jangan risau, kerana kolostrum akan tetap juga terhasil untuk bayi yang bakal lahir nanti.
Kadangkala perubahan hormon ibu bermula trimester kedua menyebabkan rasa susu ibu berubah dan tambahan juga disebabkan psikologi anak, dengan sendirinya anak itu akan berhenti menyusu.

Persediaan untuk ibu hamil jika ingin terus menyusukan semasa hamil adalah:
 
1. Dapatkan rehat yang cukup dan amalkan pemakanan sihat dan air yang secukupnya untuk memastikan badan kekal bertenaga sepanjang kehamilan.
2. Kadang-kadang disebabkan perubahan hormon dalam badan, susu ibu akan mula berkurang. Ini juga adalah normal terutama jika usia kehamilan mula meningkat.
3. Payudara ibu akan mula berasa sensitif terutama di bahagian puting susu.
4. Pastikan ibu sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan dan monitor keadaan bayi dalam kandungan dan juga keadaan kesihatan anak yang masih disusukan.


DARI SEGI HUKUM pula Islam tidak melarang ibu untuk menyusukan anak semasa hamil.
Menurut hadis Sahih Muslim, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tiada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)" - Hadis Riwayat Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah R.A.
Al-Ghilah (menurut Ulama) bermaksud:
1. Maksud pertama: mensetubuhi isteri ketika sedang menyusukan anak (dikhuatiri akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang disusui)
2. Maksud kedua: seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil.


Diceritakan, Nabi S.A.W. pada mulanya ingin menegah kerana khuatir memberi mudarat kepada bayi yang disusui kerana menurut tabib-tabib Arab zaman itu, susu wanita hamil adalah penyakit dan orang Arab tidak menyukainya dan menjauhkan anak-anak mereka darinya.
Namun Nabi menarik semula hasrat baginda setelah mendapati orang Rom dan Parsi mengamalkannya dan tiada kesan mudarat ke atas anak mereka.
Jadi ibu, tarik nafas dalam-dalam, tepuk dada, tanya hati. Keputusan di tangan ibu. Jika mahu teruskan, InshaAllah, Allah pasti lorongkan jalan.


Isnin, 12 Oktober 2015

RESEPI TURUNKAN KOLESTROL

RESEPI TURUNKAN KOLESTROL 
[Air Barli Lemon] 

Assalamualaikum semua :) Hari ni saya anak berkongsi resepi air untuk turunkan masalah kolestrol :)

Kolestrol ni bukan orang gemuk je kena Hokey.Orang badan kurus kering pun kalau tak jaga kesihatan dan pemakanan memang berisiko kena masalah kolestrol ni..Meh ler kita mencuba resepi ni..





Air Barli Lemon


Bahan-Bahan:
Barli biji
Madu
Lemon

Cara-cara nya :

[+] Basuh barley & rendam seketika.
[+] Masak barli sehingga lembut.
[+] Masukkan dalam cawan - squeeze sdikit lemon + madu.

Siap!

Kebaikan :
1- Menurunkan kolestrol
2- Menurunkan berat badan
3- Mencegah jangkitan saluran kencing
4- Mencegah batu karang
5- Anti-bakteria - bagus diambil ketika demam, batuk dan selsema
6- Mengawal gula dalam darah

** Utk anda yang Gluten Intolerance - Ini mungkin tidak sesuai untuk anda.

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Selamat mencuba :)