Assalamualaikum semua.Makanan sunnah mesti semua dah tahu bukan apa :) ..Dan saya pasti ramai yang telah mengamalkan makanan sunnah ni.Terlalu banyak sangat kebaikan yang terdapat daripada setiap jenis makanan sunnah ini.Saya dah amalkan dan pupuk pada anak syurga saya sejak dia dalam kandungan lagi.Sangat-sangat baik untuk kandungan dan juga pada diri saya sendiri.

1.DELIMA
Saidina Ali berkata : “Makanlah buah delima dan bahagian isinya kerana
buah ini berfungsi membersihkan perut”. Buah delima baik untuk
kerongkong, dada dan paru-paru. Baik untuk mengubat batuk. Berguna
mengubat radang usus, mencegah muntah, mengurangi panas dan mengatasi
jantung berdebar.
2. KURMA
Kurma dapat menguatkan hati, melancarkan buang air besar, menyembuhkan radang kerongkong. Kajian
oleh Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Pemakanan UPM menyatakan :
Kanak-kanak digalakkan memakan lebih khasiat dari segi proses
pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat. Dari segi
perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko
seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing
manis. Ia merangsang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang
dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.
3.ZAITUN
Rasulullah bersabda : “Minumlah minyak zaitun dan gunakalah ia sebagai
minyak rambut kerana minyak zaitun berasal dari pohon yang diberkati”.
Minyak Zaitun boleh juga mengatasi racun, melapangkan perut,
mengeluarkan cacing, menghaluskan kulit dan melambatkan pertumbuhan uban
dan merendahkan kandungan kolestrol dalam badan.
4. ZA’FARAN
Dalam kitab perubatan karangan Abdul Latif ‘Asyur menyebut tentang
Za’faran sejenis tumbuhan ubat terkenal yang diamalkan dalam perubatan
Ibnu Sina Saidina Ali pernah menyatakan: “Sesiapa yang mengambil
sebahagian za’faran tulen dan su’di satu bahagian dicampur dengan madu
diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari maka dikagumi ingatannya
sehingga dituduh melakukan sihir”.
5. BUAH TIIN
Allah
pernah bersumpah atas nama Buah Tiin dalam Al-Quran kerana buah ini
mengandungi banyak khasiat dan kegunaanya (Surah At-Tiin). Ia boleh
menghilangkan batu buah pinggang dan batu karang, juga sebagai anti
racun. Ia termasuk buah yang paing tinggi zatnya. Baik untuk mengatasi
sakit kerongkong, dada, mencuci hati dan limpa, membersihkan kahak dan
melancarkan buang air kecil.
6.HABBATUS SAUDA’
Khasiat
Habbatus Sauda’ diketahui melalui Hadis yang sangat masyhur dalam
perubatan Islam. Rasulullah bersabda : “Tetaplah kamu dengan Habbatus
Sauda’ ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala
penyakit kecuali as-saam (mati)” Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
7.MADU
Firman Allah Dalam Surah An-Nahl ayat 68-69 bermaksud : “Dengan itu
keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannnya
yang mengandungi penawar yang menyembuhkan bagi manusia” iaitu penyembuh
penyakit. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein,
antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental.
Madu mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium,
sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium) kuprum
dan silika untuk memberi tenaga dan kesihatan fizikal dan mental.
Rasulullah bersabda : “Siapa ingin menghafal, hendaklah ia minum manisan
madu”
8. KISMIS
Imam Az-Zuhdi berkata : “Sesiapa yang
ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah memakan zabib (kismis)". Ada
hadis yang menyebut : “Sebaik-baik makanan ialah buah zabib (kismis) ia
menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan,
mencerahkan warna kulit dan menharumkan bau hidung serta mulut"