Selasa, 26 Januari 2016

Cara Buat Play Dough Di Rumah

Assalamualaikum semua.Hye semua saya nak berkongsi cara untuk membuat Play Doh di rumah..Hmmm,,,saya ada anak kecil,Ya ampun boleh dikatakan memang suka sangat beli play doh,Dah tu main kekadang lupa nak simpan semula dalam bekas...Tengok-tengok esok dah keras...hehe..Dok fikir-fikir jenuh ler kalau nak beli je...Dok fikir-fikir baik buat je sendiri,.Jimat la jugak kan buat..hehe


Saya nak share cara buat homemade playdoh setaraf dengan palydoh yngg branded... Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat playdoh pun memang dah ada kat dapur semua ibu2.. semudah 1,2,3 gitu..hehe..lagi seronok ajak anak-anak lakukan bersama hokey :)


Bahan-bahan

-4 cawan tepung gandum
-2 cawan garam halus
-8sudu besar cream of tartar(penting utk dptkan tekstur playdoh mcm brand mahal tu)
-1/2 cawan minyak masak
-4 cawan air panas..
-perwarna


Cara-cara

-satukan bahan kering..
-masukan minyak kacau rata..
-masukan air panas, kacau dengan senduk smpai sebati..
-dah sejuk boleh uli smpai jadi doh.
-bahagikan dan letak perwarna, n uli lagi smpai perwarna sebati..
-siap! Boleh la bg anak main gune cookies cutter kite tu.
.


selamat tanpa bahan kimia  untuk anak2 dan juga paling penting ia nya jimat! Share2 la kalau ianya bermanfaat..dan jangan lupa umtuk mencuba Okay :)

Selasa, 19 Januari 2016

Makanan Sunnah






Assalamualaikum semua.Makanan sunnah mesti semua dah tahu bukan apa :) ..Dan saya pasti ramai yang telah mengamalkan makanan sunnah ni.Terlalu banyak sangat kebaikan yang terdapat daripada setiap jenis makanan sunnah ini.Saya dah amalkan dan pupuk pada anak syurga saya sejak dia dalam kandungan lagi.Sangat-sangat baik untuk kandungan dan juga pada diri saya sendiri.





1.DELIMA
Saidina Ali berkata : “Makanlah buah delima dan bahagian isinya kerana buah ini berfungsi membersihkan perut”. Buah delima baik untuk kerongkong, dada dan paru-paru. Baik untuk mengubat batuk. Berguna mengubat radang usus, mencegah muntah, mengurangi panas dan mengatasi jantung berdebar.







2. KURMA
Kurma dapat menguatkan hati, melancarkan buang air besar, menyembuhkan radang kerongkong. Kajian oleh Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Pemakanan UPM menyatakan : Kanak-kanak digalakkan memakan lebih khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat. Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Ia merangsang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.





3.ZAITUN
Rasulullah bersabda : “Minumlah minyak zaitun dan gunakalah ia sebagai minyak rambut kerana minyak zaitun berasal dari pohon yang diberkati”. Minyak Zaitun boleh juga mengatasi racun, melapangkan perut, mengeluarkan cacing, menghaluskan kulit dan melambatkan pertumbuhan uban dan merendahkan kandungan kolestrol dalam badan.


4. ZA’FARAN

Dalam kitab perubatan karangan Abdul Latif ‘Asyur menyebut tentang Za’faran sejenis tumbuhan ubat terkenal yang diamalkan dalam perubatan Ibnu Sina Saidina Ali pernah menyatakan: “Sesiapa yang mengambil sebahagian za’faran tulen dan su’di satu bahagian dicampur dengan madu diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir”.







5. BUAH TIIN
Allah pernah bersumpah atas nama Buah Tiin dalam Al-Quran kerana buah ini mengandungi banyak khasiat dan kegunaanya (Surah At-Tiin). Ia boleh menghilangkan batu buah pinggang dan batu karang, juga sebagai anti racun. Ia termasuk buah yang paing tinggi zatnya. Baik untuk mengatasi sakit kerongkong, dada, mencuci hati dan limpa, membersihkan kahak dan melancarkan buang air kecil.









6.HABBATUS SAUDA’
Khasiat Habbatus Sauda’ diketahui melalui Hadis yang sangat masyhur dalam perubatan Islam. Rasulullah bersabda : “Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda’ ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati)” Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.






7.MADU
Firman Allah Dalam Surah An-Nahl ayat 68-69 bermaksud : “Dengan itu keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannnya yang mengandungi penawar yang menyembuhkan bagi manusia” iaitu penyembuh penyakit. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental. Madu mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium) kuprum dan silika untuk memberi tenaga dan kesihatan fizikal dan mental. Rasulullah bersabda : “Siapa ingin menghafal, hendaklah ia minum manisan madu”





8. KISMIS
Imam Az-Zuhdi berkata : “Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah memakan zabib (kismis)". Ada hadis yang menyebut : “Sebaik-baik makanan ialah buah zabib (kismis) ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan menharumkan bau hidung serta mulut"